Selasa, 20 Disember 2011

BAHAYA HASAD DENGKI NI...

Sumber: Kataganti

Assallamualaikum semua....aku terbaca salah satu entry kat blog Kataganti berkaitan dengan isu Hasad Bin Dengki ni...[Mohon share ilmu yer tuan rumah]

Ayat2 dia lebih kurang camni..

Orang yang paling derita jiwanya, orang yang berhasad dengki
Sakit hati, derita, kecewa, marah, gelisah
Lihat sahaja orang yang lebih darinya, sakit hati
Ingin mengusahakan orang itu hilang nikmat darinya
Nikmat bertambah pada orang itu
Aduh! Marahnya meluap-luap, kecewanya bertambah parah
Lebih-lebih lagi ingin JATUHKAN atau ROSAKKAN ORANG, dia pula yang terjatuh
Wah! Hatinya bertambah marah dan parah
Apabila orang makin berjaya, dia sebaliknya, hatinya semakin tidak tenang
Hilang ketenangan, fikiran tidak menentu dan bercelaru
Semakin berjaya musuhnya, semakin derita dan kecewa jiwanya
Begitulah keburukkan orang yang berhasad dengki
Jiwanya tidak pernah tenang dan senang
Kalaupun Tuhan tidak menghukum
Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya
Janganlah menjadi orang yang berhasad dengki
Akibatnya ENGKAU MENGHUKUM DIRI SENDIRI..


Erm...agak2 ada yang sentap tak baca entry kali ni..mintak ampun mintak maaf..hanya untuk dikongsi kan bersama...Moral of 'da'story...tak mo la dengki2 ngan orang...Susah hidup sendiri...Malu pun tanggung sendiri nanti...dek kerana kebodohan dan kecetekan akal....akhirnya nak tutup pekung kat badan pun dah tak mampu...bak kata Nabil..Lu Pikir La Sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan