Selasa, 29 November 2011

Advertlets vs Nuffnang..ermmmm

Salam kepada semua pengunjung yang sudi menjengok blog Diana. Actually, Diana hari ni just nak share skit la kan tentang 2 pengiklan kat atas ni (Nuffnang & Advertlets).  Kelmarin, Diana ada la terjumpa dengan  beberapa blog ni yang menceritakan tentang kebaikan dan keburukkan kedua-dua pengiklan ni.  

So far, setiap blogger ada pendapat memasing. Ada yang suka nuffnang, ada yang tak.  Begitu jugak dengan Advertlets.  Tapi bagi Diana, selama bercinta dengan Nuffnang (sejak tahun 2006 - Membership Status: Glitterati), Diana masih belum menerima apa-apa benefit (senang citer BE) dari Nuffnang.  Zerooo....sob..sob..sob...Ada yang kata Nuffnang ni pilih bulu ler.  Kene klik iklan la baru dapat BE..macam2....

Tetapi, selepas Diana berblogwalking kelmarin...tetiba teringin nak try Advertlets. Of course la, setelah melihat / membaca beberapa blog yang berkhidmat untuk Advertlets ni.  Ada yang kata, Advertlets ni senang nak bagi point berbanding Nuffnang, sebab dia berdasarkan keaktifan blog tersebut.  Let say, kalu korang tak update sekali pun, but still have a readers...Advertlets still kira point tersebut.  Best kan?..Tapi ada gak la yang cakap Advertlets ni, susah nak bayar payment...kedua-duanya ada pro & contra.  

So, pendekatan yang Diana ambil, Diana try untuk bercinta pulak dengan Advertlets.. nak tengok sejauh mana kebaikan yang Diana leh dapat melalui pengiklan tersebut.  Eermmmm....apa yang Diana dapati, dalam masa 2 hari (28 & 29.11.2011), my current earning ialah RM0.011. hihiihihi....at least, ada la nampak kan.  Within 2 days, I got my own earning.. rather than, I've to wait for 5 years with zero earning. 

Agak2 korang, bagus tak kalu Diana pilih Advertlets  ni?..by the way, kalu korang ada pendapat or pengalaman bercinta dengan kedua-dua pengiklan tersebut...bleh la share ngan Diana.  Sebab, Diana ni kira masih berhingus lagi la dalam bidang blogging ni.

With luv

Dee

1 ulasan: